Khamis, 24 September 2020

Mossy Forest @Bukit Cincin Genting Highlands Pahang










 

Sunrise @ Genting Highlands 24092020



Assalamualaikum.
Selamat Pagi Gaissss..
Selamat bercuti ke Genting Highland @ kepada teman yang ingin merancang bercuti ke GH.
Disamping menikmati hiburan tanpa had disini, teman juga boleh menikmati keindahan alam semulajadi, menikmati sunrise yang tidak pernah menghampakan.


Bila mentari muncul lagi

Selasa, 15 September 2020

Hiking Gunung Lari Tembakau di Genting Highland

Gunung Lari Tembakau, Genting Highland.

  • Ketinggian : 1639 Meter (DPL) / 5377 Feet
  • Tempoh Pendakian : 15 minit (sehala)
  • Tahap kesukaran : 4/10  

Gunung Lari Tembakau

16 september 2020..Selamat Hari Malaysia guys.

Selain Gunung ulu kali, terdapat sebuah gunung lagi yang terletak di kawasan tanah tinggi Genting, iaitu Gunung Lari Tembakau. 
Gunung yang mudah untuk ditakluki tapi mungkin tidak ramai hikers yang tahu tentang kedudukannya.
Disini, Sang Penakluk Alam cuba memberi gambaran berkenaan Gunung Lari Tembakau.
Gunung ini terletak berhampiran atau berada di belakang station minyak Petron Genting Highland. Starting point untuk pendakian pula berada di sebelah kiri selepas station minyak tersebut.

Starting Point

Untuk permulaan pendakian, teman teman hanya mengikuti jalan bertar sehigga ke stesen janakuasa yang terletak berdekatan. Selepas itu, terdapat jalan kecil di sebelah kiri. Dari sana teman teman boleh memulakan pendakian.

Dengan ketinggian melebihi 1500 meter dari paras laut, Gunung ini tetap memiliki keistimewaan yang tersendiri. Cuaca yang dingin dan berkabus di waktu pagi pasti memberikan pengalaman untuk teman hikers. 


Untuk hikers yang meminati hutan lumut (mossy forest) pastinya teruja dengan kewujudan mossy forest disini.

laluan ke puncak

pokok unik hutan lumut
rumput berlumut



                    
Gunung ini juga kaya dengan spesies flora, kepelbagaian ini pasti menggamit teman teman hikers yang meminati flora tanah tinggi.




Walaupun penaklukan kali ini antara yang paling mudah dan senang, yakni pendakian yang paling singkat ke puncak, namun ia tetap menjadi satu pengalaman yang amat bermakna untuk Sang penakluk alam.

Puncak Gunung Lari Tembakau

Sang Penakluk Alam ucapkan terima kasih kepada teman teman hiker sebab sudi singgah di blog saya.
Jumpa Lagi.

Bukit Batu Pahat KKB 430 meter fsl

Hiking