Sabtu, 1 Ogos 2020

Hiking Bukit Batu Pahat di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Bukit Batu Pahat @KKB

  • Ketinggian : 430 Meter (DPL) / 1345 ft.
  • Starting Point : antara IKBN & MRSM kuala Kubu Bharu
  • Masa Pendakian : 1 jam ( sehala )
  • Tahap kesukaran : 5/10

Salam teman Hikers, 
Sang Penakluk alam, kali ni membawa teman teman untuk mengeksploitasi Bukit Batu Pahat yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Oh Ya, jangan silap tau, bukan batu pahat yang kat Johor tu.

Pemandangan Bukit Batu Pahat dari Darul quran.


Starting point


Pendakian bermula seawal 7:00 pagi, dengan cuaca yang tak seberapa cerah lagi. Saya syorkan para teman Hikers membawa lampu suluh dan spray pencegah nyamuk sebagai persediaan. Di awal pendakian, serangga ni seperti terlalu dahaga kan makanan.


Pendakian juga tidak terlalu susah utk sampai ke puncak sebab kita hanya perlu mengikuti laluan pacuan empat roda. Namun begitu, adakalanya kita di uji dengan ketinggian jalan tersebut yang agak curam.



Di sepanjang pendakian, teman Hikers akan di hidangkan dengan udara hutan yang segar dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan yang pasti memberikan satu input dalam ilmu penaklukan.





Selepas melalui pendakian lebih kurang sejam, pastinya perasaan lebih teruja bila Penakluk alam di sambut dengan udara yang nyaman dan bertiup agak kencang, badan yang basah tadi, secara perlahan lahan kering. Lebih teruja dan tenang sekali, bila pemandangan yang memukau terhidang di depan mata.

Pemandangan langit biru yang segar



Pemandangan dari puncak bukit batu pahat


Selepas berehat seketika, Penakluk alam pun mengambil peluang mengambil gambar kenangan di puncak. Perasaan yang amat tenang sambil menikmati indahnya ciptaanNya. Walaupun bukit Batu Pahat tidak setinggi gunung tapi tetap menjanjikan kelainan bagi Sang Penakluk Alam.

Sang Penakluk Alam



Semoga penaklukan kali ini dapat memberikan panduan untuk teman Hikers semua. Terima Kasih sebab sudi singgah di blog JsabahCpenakluk.Blogspot.com.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bukit Batu Pahat KKB 430 meter fsl

Hiking