Gunung Lari Tembakau, Genting Highland.
- Ketinggian : 1639 Meter (DPL) / 5377 Feet
- Tempoh Pendakian : 15 minit (sehala)
- Tahap kesukaran : 4/10
Gunung Lari Tembakau |
16 september 2020..Selamat Hari Malaysia guys.
Untuk permulaan pendakian, teman teman hanya mengikuti jalan bertar sehigga ke stesen janakuasa yang terletak berdekatan. Selepas itu, terdapat jalan kecil di sebelah kiri. Dari sana teman teman boleh memulakan pendakian.
Sang Penakluk Alam ucapkan terima kasih kepada teman teman hiker sebab sudi singgah di blog saya.
Selain Gunung ulu kali, terdapat sebuah gunung lagi yang terletak di kawasan tanah tinggi Genting, iaitu Gunung Lari Tembakau.
Gunung yang mudah untuk ditakluki tapi mungkin tidak ramai hikers yang tahu tentang kedudukannya.
Disini, Sang Penakluk Alam cuba memberi gambaran berkenaan Gunung Lari Tembakau.
Gunung ini terletak berhampiran atau berada di belakang station minyak Petron Genting Highland. Starting point untuk pendakian pula berada di sebelah kiri selepas station minyak tersebut.
Starting Point |
Untuk permulaan pendakian, teman teman hanya mengikuti jalan bertar sehigga ke stesen janakuasa yang terletak berdekatan. Selepas itu, terdapat jalan kecil di sebelah kiri. Dari sana teman teman boleh memulakan pendakian.
Dengan ketinggian melebihi 1500 meter dari paras laut, Gunung ini tetap memiliki keistimewaan yang tersendiri. Cuaca yang dingin dan berkabus di waktu pagi pasti memberikan pengalaman untuk teman hikers.
Untuk hikers yang meminati hutan lumut (mossy forest) pastinya teruja dengan kewujudan mossy forest disini.
laluan ke puncak |
pokok unik hutan lumut |
rumput berlumut |
Gunung ini juga kaya dengan spesies flora, kepelbagaian ini pasti menggamit teman teman hikers yang meminati flora tanah tinggi.
Walaupun penaklukan kali ini antara yang paling mudah dan senang, yakni pendakian yang paling singkat ke puncak, namun ia tetap menjadi satu pengalaman yang amat bermakna untuk Sang penakluk alam.
Puncak Gunung Lari Tembakau |
Sang Penakluk Alam ucapkan terima kasih kepada teman teman hiker sebab sudi singgah di blog saya.
Jumpa Lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan