Sabtu, 29 Ogos 2020

Hiking Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak

Salam Hikers,

Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam, Tg. Malim Perak.
Ketinggian : 234 Meter (DPL) / 1767 ft

Bukit Changkat Asa dari Shell petrol station Lebuhraya Utara-Selatan. Arah Utara,lraya, Lebuhraya Utara-Selatan, 44000 Kerling.






Bukit Changkat Asa dari starting point, Kg Chabang lima Tanjung Malim.

Tarikh : 29.08.2020

Masa : 7:00 am 

Hari ni berpeluang menakluki Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak bersama keluarga, 

Untuk Pengetahuan teman teman hiker, ini kali pertama hiking disini, jadi sedikit masalah untuk sampai ke starting point. Disini saya mencadangkan pada teman teman hiker untuk terus ke stesen KTM Tg.malim kerana starting point, Kg Chabang lima Tanjung Malim hanya beberapa meter sahaja. Teman teman hiker juga boleh bertanya dengan penduduk kampung, mereka sentiasa menyambut dengan baiknya.

Jarak perjalanan ke view check point lebih kurang 2 km dan mengambil masa 45 minit perjalanan.

Tahap kesukaran bergantung pada seseorang juga, bagi saya dalam 5/10.

Disini saya kongsikan beberapa kenangan yang mungkin dapat membantu dan memangkin semangat pada hikers. 

Terima kasih guyss sebab sudi singgah di Blog saya.

Berikut saya kongsikan serba sedikit tentang trail Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak.











Setelah penat melalui trail yang kekadang menguji fizikal dan mental,
akhirnya penaklukan keatas Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak berjaya jua.
Rasa syukur yang amat sangat sebab berpeluang menikmati keindahan pemandangan alam di puncak dan lebih bermakna lagi dapat mengibarkan jalur gemilang yang tercinta.








Misi penaklukan berjaya

Sang Penakluk alam berharap untuk 2.0 di masa yang akan datang. Perasaan masih lagi ingin cuba untuk mengeksploitasi alam pokok merah di Puncak Bukit Changkat Asa. Namun di sebabkan pengunjung yang terlalu ramai pada hari ini, membataskan pergerakan di puncak ini. Mungkin di lain hari ku dapat menakluki mu lagi.......

Terima Kasih guysss.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bukit Batu Pahat KKB 430 meter fsl

Hiking