Isnin, 17 Ogos 2020

Hiking Bukit 2 Ringgit di Bukit Sentosa, Hulu Selangor

Bukit Dua Ringgit Bukit Sentosa, Hulu Selangor

  • Ketinggian : 250 Meter
  • Masa Pendakian : 1 Jam ( 2 Hala )
  • Tahap kesukaran : 5/10



Sang Penakluk Alam

Bukit Dua Ringgit
Salam untuk semua teman Hikers,
Tarikh : 17.08.2020                                                                                
                                                                                  
Bukit 2 ringgit, kekadang tertanya tanya juga kenapa nama bukit ni, 2 ringgit. Nama yang mungkin tak seberapa glamor. Namun itu bukan sebagai penghalang untuk Sang Penakluk untuk menakluki Bukit yang hanya setinggi 250 meter ini.

Pendakian bermula pada jam 7:20 am. Pencarian untuk melihat matahari terbit (sunrise) tidak berjaya. 
Di awal pendakian, mungkin agak mencabar bagi pendaki baru.
ini kerana kawasan trail yang berbatu dan curam sedikit, dan tidak sesuai melakukan pendakian ketika atau selepas baru hujan. 

Selepas melalui trail berbatu, teman hikers akan melalui kawasan hutan kecil sehingga sampai ke puncak. Pendakian hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke puncak Bukit Dua Ringgit.


Setiba dipuncak, suasana agak tenang. kerana tidak seperti hari cuti, ramai pendaki. Hari ni hanya beberapa kelibat pendaki sahaja. Sang penakluk alam pun tidak melepaskan peluang yang ada untuk mengeksploitasi kesenian alam puncak Bukit 2 ringgit. Pemandangan yang menarik dan indah sekali, tidak setanding dengan nama bukit ni ' 2 ringgit '.



Penakluk alam ingin berkongsi bersama teman teman hiker, shoot yang sempat saya ambil ketika berada di puncak. semoga maklumat penaklukan kali ini dapat membantu teman teman hiker yang ingin mendaki Bukit 2 Ringgit.





Thank you Guyss.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bukit Batu Pahat KKB 430 meter fsl

Hiking