Salam Hikers,
Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam, Tg. Malim Perak.
Ketinggian : 234 Meter (DPL) / 1767 ft
Bukit Changkat Asa dari Shell petrol station Lebuhraya Utara-Selatan. Arah Utara,lraya, Lebuhraya Utara-Selatan, 44000 Kerling. |
Tarikh : 29.08.2020
Masa : 7:00 am
Hari ni berpeluang menakluki Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak bersama keluarga,
Untuk Pengetahuan teman teman hiker, ini kali pertama hiking disini, jadi sedikit masalah untuk sampai ke starting point. Disini saya mencadangkan pada teman teman hiker untuk terus ke stesen KTM Tg.malim kerana starting point, Kg Chabang lima Tanjung Malim hanya beberapa meter sahaja. Teman teman hiker juga boleh bertanya dengan penduduk kampung, mereka sentiasa menyambut dengan baiknya.
Jarak perjalanan ke view check point lebih kurang 2 km dan mengambil masa 45 minit perjalanan.
Tahap kesukaran bergantung pada seseorang juga, bagi saya dalam 5/10.
Disini saya kongsikan beberapa kenangan yang mungkin dapat membantu dan memangkin semangat pada hikers.
Terima kasih guyss sebab sudi singgah di Blog saya.
Berikut saya kongsikan serba sedikit tentang trail Bukit Changkat Asa tanjung malim, Perak.